Bismillahirrahmanirrahim.. Sudahpun memasuki 2 Zulkaedah 1434H.
Tahniah kepada semua yang dijemput Allah untuk ke tanah suci, menunaikan fardhu haji. Alhamdulillah. Semoga Allah juga akan menjemput kami sekeluarga ke tanah suci suatu hari nanti. Amin..
Bayi dan penerbangan. Sejauh mana maklumat yang kita ketahui berkaitan isu ini? Alhamdulillah, pada 27hb Mei 2013, kami sekeluarga selamat tiba di Liverpool, UK. Membawa bersama bayi kami yang berusia 36 hari. Pelbagai kerisauan dan kebimbangan yang kami terpaksa harungi dan dengar sepanjang tempoh kehamilan sehinggalah ke hari penerbangan jauh kami. Kerisauan biasanya tertumpu kepada masalah pendengaran, takut-takut gegendang telinga bayi pecah akibat tekanan udara yang tinggi, atau dikenali sebagai "ear popping". Selebihnya tertumpu kepada kesihatan aku, kerana masih dalam tempoh berpantang dan bayi yang masih kecil untuk terdedah kepada cuaca yang berbeza dirantauan.
Atas nasihat doktor pakar, bayi biasanya lebih selamat untuk menaiki penerbangan domestik pada usia 8 hari, dan penerbangan antarabangsa pada usia 30 hari. Dan hanya untuk perkongsian, kapal terbang yang lebih besar adalah lebih selesa dan masalah "ear popping" adalah tidak begitu ketara berbanding kapal terbang yang lebih kecil. A380 adalah sangat selesa, terutama bagi bayi untuk perjalanan yang jauh. Alhamdulillah, perjalanan kami yang mengambil masa ~12 jam, (tidak termasuk transit 4 jam) berjalan dengan lancar. Bagi mengatasi masalah "ear popping", dinasihatkan supaya memberi bayi anda menghisap puting/susu badan semasa "take off" dan "touch down". Dan untuk mengatasi masalah kejang kaki (terutama bagi yang masih berpantang dan yang mempunyai masalah kesihatan lain), dinasihati untuk memakai stokin DVT (Deep Vein Thrombosis), boleh didapati di kedai pakaian ibu dan sbg. Para ibu dinasihatkan supaya memohon "bassinet" untuk kemudahan bayi semasa membeli tiket penerbangan.
Contoh bassinet.
Sumber: internet
Dan bagi individu yang mempunyai "hand luggage" yang banyak serta mempunyai bayi yang kecil, dinasihatkan membawa "baby carrier" atau "baby pouch".
Sumber: internet.
Kami bernasib baik, alhamdulillah kerana membawa "baby pouch" kerana kami mempunyai banyak barang-barang kecil dan untuk pengetahuan, "stroller" hanya boleh diambil di destinasi akhir, selepas melepasi "border desk". Walaubagaimanapun, kemudahan "stroller" terdapat di Dubai, untuk membantu penumpang transit. Kami terpaksa beratur panjang, dan agak lama untuk melepasi "border desk". Fuhhh..
Apapun, terima kasih kepada kedua ibu bapa kami, mentua dan saudara mara yang sentiasa mendoakan keselamatan kami. Sesungguhnya berada disamping keluarga adalah terapi kebahagiaan yang terbaik. :)