Anak, anugerah Allah yang tidak ternilai harganya. Alhamdulillah, dikurniakan anak yang sempurna sifat dan sihat. Berbicara tentang anak, 9 bulan 10 hari bukanlah satu tempoh yang sekejap. Pelbagai pahit manis harus diharungi. Pelbagai karenah harus dirasai dan dilalui. Itu perkara biasa.
Ujian terhadap kami, apabila aku melakukan imbasan sinaran-X dada, ketika umur kandungan 3 minggu. Hm, pelbagai kesan sampingan yang boleh terjadi sekiranya fetus didedahkan dengan sinaran-X ketika kandungan masih diperingkat awal. Tiga minggu, terlalu awal untuk melakukan ujian kehamilan. Kan? Mengalir air mata mengenangkan apa yang akan terjadi terhadap kandunganku, namun utk gugurkan adalah a big NO. Nauzubillah.
Hari berhanti hari, bibir sentiasa menitipkan doa supaya bayi di dalam kandunganku ini sempurna sifatnya, sihat, soleh solehah, baik dsbg. Ada satu ketika, berkata aku kepada suami, "Apa pun yang terjadi, kita terima ye abang,".. dan suami menerimanya dan sentiasa menadah tangan, memohon kepada Yang Esa. Alhamdulillah. Suamiku sangat mulia sifatnya bagi aku. Air mataku, tidak pernah kering setiap kali memohon pada Yang Esa. Terima kasih juga kepada mama, yang tidak putus-putus memberi tenaga positif terhadap kami. Terima kasih, mama.
Setiap bulan, kami melakukan ujian ultra bunyi, dan keputusannya alhamdulillah, bayi berkembang dengan sempurna. Bayi kami, kebanyakan masa, tidur. Hehe. Kelakar.
Kelahiran anak kami di awalkan dua hari kerana aku mempunyai tekanan darah yang agak tidak stabil. Hm, natural birth stimulation ; VE, memang sakit. Ya, sakit. Sehari selepas VE, pengecutan rahim sudah bermula, dan berada dihospital selama 12 jam sebelum berjaya melahirkan anak. Mengambil epidural setelah 3 jam air kutuban dipecahkan kerana pengecutan rahim adalah sangat kuat, namun jalan masih 4cm. Tidak terbuka. Setelah 8 jam, bayi menjauhi pintu rahim. 12 jam berlalu, aku mungkin perlu dibedah. Kerana jalan tidak terbuka sepenuhnya. Hanya 8 cm walaupun telah di"induce" dengan Pitocin. Walaubagaimanapun Dr Kamsiah masih mahu mencuba untuk kelahiran normal, dengan bantuan vaccum. Alhamdulillah. berjaya dengan 3 kali "push". Terima kasih suami, kerana 24/7 berada di sisi.
Mengejutkan, Tali pusat anak kami tersimpul. A true knot. A very rare case for a baby to be delivered alive. Dan Sekiranya simpulan itu menjadi lebih ketat, mungkin bayi kami tidak sempat melihat dunia.. Terima kasih Allah.. Terima kasih Allah.
A true knot
Assalamualaikum, sayang
And after 18 weeks
Kesimpulannya: Berdoalah kepada Allah. Kerana Allah adalah Pencipta. Alhamdulillah, walaupun melakukan imbasan sinaran-X, anak sihat sempurna..jangan mudah berputusa asa. :). We Love You, Iman.
p/s: rujuk pelbagai laman sesawang berkaitan sinaran-X. Lokasi sinaran-X yang berbeza memberikan pendedahan dan penyerapan yang berbeza.


No comments:
Post a Comment