Rasanya sudah hampir 2 tahun tidak berblogging.. heheh.. dan blog yang lama sudah pun diprivatekan. well, banyak cerita tersendiri terkandung di dalam blog tersebut. Dua tahun, satu tempoh yang lama dan sudah tentu banyak benda yang berlaku. Suka, duka, manis, masam.
Entri pertama blog ini sepatutnya adalah pada 31 Ogos 2013, sempena harijadi yang ke ##. hikhik. Namun, kekangan adalah terlalu banyak sehingga sukar sekali untuk menaip sebuah entri. Rugi. Masa itu tidak boleh diundur kembali. Rugi kerana tidak mencatatkan sebarang memori untuk kenangan abadi. Melayu mudah lupa. bak kata Tun M. Dan benar sekali, kerana 80% memori hari-hari sebelum ini sudah terpadam. Sukar untuk di"restore" kembali.
Ya, masa tidak akan kembali. Begitu juga yang pergi tidak akan kembali. Innalillahiwainnailaihirajiun.. pemergian Pak Ngah semalam agak mengejut bagi kami sekeluarga yang jauh di diperantauan. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan dijanjikan Jannah. Sesungguhnya apa yang tinggal adalah anak-anak yang soleh, sedekah jariah dan ilmu yang berguna. Semoga anak-anak arwah sentiasa menyedekahkan bacaan al-Quran kepada arwah dan merapatkan hubungan dengan kawan-kawan arwah. Bagi kami, dan orang di luar sana, sedekahkan al-Fatihah kepada arwah, semoga Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang menerima amalan kami dan disedekahkan kepada arwah.. amin..
Serentak dengan pemergian arwah adalah kenaikan minyak petrol Malaysia, 20 sen. Bagi saya itu adalah kezaliman terhadap golongan kurang mampu dan bebanan kepada golongan sederhana. Abaikan golongan kaya dan mewah (You-Know-Who). Tidak perlu berbicara panjang, kerana semua sudah tahu akan kesannya. Semua sudah celik dengan alasannya. Cuma diharapkan dibukakan mata para pemerintah, akan kesukaran hidup ramai rakyat marhaen. Moga boleh turun padang secara on-the-spot, bukan notis 2 minggu supaya dapat buat persiapan seperi turapkan jalan, cantas pokok dan cat bangunan. Contohilah zaman Khalifah, kerana itu zaman kegemilangan Islam. Baru anda tahu, warna sebenar kehidupan masyarakat sekarang.
Semoga berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Bukannya berat kamu yang pikul, ringan aku yang jinjing . Daripada Anas RA, daripada Nabi SAW, sabdanya," Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri." Ukur diri kita sendiri, sejauh mana kita merasai penderitaan orang lain? Mesir, Syria, Palastein? Rohingya? Malaysia?.. Sejauh mana iman kita? Tepuk dada, tanya iman.
Untuk renungan bersama:
Untuk renungan bersama:
Nota kaki: tidak mampu utk menatap gambar-lain yang sangat menyayat hati, tidak mampu melihat video pembunuhan rakyat Islam sunni yang sangat melampau.. Ya Allah, bantulah kami. Semoga syurga tempatmu, para mujahid.. amiiin..
No comments:
Post a Comment